HUAWEI Malaysia secara rasmi memperkenalkan siri nova 12 untuk pasaran tempatan. Tampil dalam tiga pilihan model iaitu nova 12i, nova 12 SE dan nova 12s. Ketiga-tiga peranti ini hadir dengan pelbagai peningkatan menarik dengan spesifikasi yang lebih baik.
Untuk HUAWEI nova 12i, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.0, NFC, HUAWEI Histen, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasai EMUI 14.
Untuk harga jualan, nova 12i dijual pada harga RM1299 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula 20 April 2024 di semua pengedar rasmi HUAWEI Malaysia.
Manakala untuk HUAWEI nova 12 SE, ia dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 yang digabungkan 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 66W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.0, NFC, HUAWEI Histen, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasai EMUI 14.
Untuk harga jualan, nova 12 SE dijual pada harga RM1499 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dipra-tempah bermula 25 Mac hingga 5 April.
Akhir sekali adalah HUAWEI nova 12s, merupakan peranti paling premium dalam siri nova 12. Hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Turut menyokong PWM Dimming pada 1440Hz, Wide Colour Gamut P3 dan 10,7 billion warna. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G 4G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 64MP. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 66W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.0, NFC, HUAWEI Histen, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasai EMUI 14.
Untuk harga jualan, nova 12s dijual pada harga RM1999 untuk 8GB+ 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dipra-tempah bermula 25 Mac hingga 12 April 2024.