Close

iOS 18 akan sokong lebih banyak ubahsuai ‘Home Screen’ – Sama macam Android?

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang iOS 18 akan menerima kemas kini terbesar dalam sejarah iPhone sejak ia mula diperkenalkan pada 2007.

Terbaru, menurut laporan, Apple dikatakan akan menyokong lebih banyak ubahsuai Home Screen pada iOS 18. Bermaksud, pengguna boleh mengubah dan meletakkan ikon aplikasi secara bebas mengikut citarasa mereka. Sokongan ini dijangka akan menjadi salah satu perkara menarik pada iOS 18.

Namun begitu, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai keupayaan fungsi tersebut. Kita mungkin boleh menjangkan keupayaan ini mirip seperti yang ditawarkan pada peranti Android namun dengan versi yang lebih baik.

Selain itu, Apple dijangka akan turut menawarkan pelbagai lagi fungsi menarik pada iOS 18 seperti kecerdasan buatan (AI), kemampuan prestasi yang lebih baik, fungsi keselamatan yang dipertingkat dan juga sokongan suntingan yang lebih baik.

Untuk fungsi kecerdasan buatan, Apple dijangka akan mengintergrasikan keupayaan chatbot dari Google iaitu Gemini selepas terdapat laporan menyatakan kedua-dua syarikat telahpun melakukan perbincangan awal mengenai hal tersebut.

Apple dijangka akan mengumumkan iOS 18 pada acara WWDC 2024 dan akan tersedia kepada pengguna sekitar September.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN