WhatsApp bakal membawakan satu lagi fungsi baru yang akan dijana dengan kecerdasan buatan (AI). Fungsi baru ini membolehkan pengguna melakukan suntingan imej dengan menggunakan AI.
Berdasarkan dari perkongsian WABetaInfo, memperlihatkan fungsi ini hadir dengan 3 pilihan suntingan iaitu Backdrop, Restyle dan Expand. Untuk Backdrop, ia membolehkan latar belakang imej di ubah manakala Restyle pula membolehkan pengguna mengubah imej secara keseluruhan untuk menjadikan ia lebih menarik. Akhir sekali Expand, memboleh saiz imej dibesarkan mengikut kepada keperluan pengguna.
Fungsi ini akan diletakkan di bahagian tool editor yang membolehkan pengguna menggunakannya sebelum menghantar imej kepada penerima. Namun begitu, fungsi ini masih lagi dalam fasa pembangunan dan tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tersedia kepada pengguna. Kita mungkin boleh menjangkakan yang fungsi ini akan tersedia dalam beberapa bulan akan datang.