Close

Tecno POVA 6 Pro 5G akan tiba di Malaysia tak lama lagi

Tecno Malaysia melalui Facebook rasmi mengesahkan yang mereka akan memperkenalkan peranti baru iaitu POVA 6 Pro 5G untuk pasaran tempatan. Menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan sistem lampu LED Dynamic-Light Effect pada panel belakang yang seakan-akan seperti Nothing Phone.

POVA 6 Pro 5G merupakan peranti kelas pertengahan dan telahpun diperkenalkan pada acara MWC 2024. Untuk spesifikasi, ia hadir skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6080, 12GB RAM, storan 256GB, bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 70W.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2PM Kedalaman + AI kamera dan swafoto 32MP. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem lampu LED Dynamic-Light Effect dengan 210 LED yang menyokong 9 mod. Sistem LED Dynamic-Light Effect ini dilihat mirip seperti sistem glyph pada Nothing Phone.

Buat masa ini, Tecno Malaysia belum lagi mendedahkan maklumat terperinci mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan peranti ini di Malaysia. Ia mungkin akan akan diumumkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN