Apple telahpun mengesahkan yang iPhone yang seterusnya akan menyokong Generatif AI yang akan membantu pengguna menguruskan kehidupan harian dengan lebih mudah. Berikutan itu, Apple dijangka akan menggunakan konfigurasi RAM yang lebih besar dan cip NPU yang lebih berkuasa pada iPhone 16 Pro.
Terbaru, terdapat laporan menyatakan yang Apple akan menggunakan konfigurasi RAM yang lebih besar iaitu 8GB RAM berbanding model sebelumnya iaitu 6GB RAM. Konfigurasi RAM yang lebih besar terpaksa digunakan untuk meningkatkan prestasi kecerdasan buatan (AI).
Selain RAM, Apple turut dijangka akan menggunakan cip NPU dengan teras yang lebih banyak dan tinggi untuk membolehkan ia menjalankan fungsi generatif AI dengan lancar tanpa sebarang masalah. Apple juga berkemungkinan akan membawakan fungsi AI eksklusif untuk iPhone 16 Pro.
Antara aplikasi yang dijangka menyokong kecerdasan buatan pada iOS 18 adalah seperti Siri, Spotlight, Apple Music, Health, Messages, Numbers, Pages, Keynote, Shortcuts dan sebagainya. Untuk kecerdasan buatan, Apple mungkin akan bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti Google, OpenAI dan Baidu.