Close

Arab Saudi bakal ada taman tema ‘Dragon Ball’ – Tarikan utama ‘rollercoaster Shenron’

Arab Saudi akan membuka taman tema Dragon Ball pertama di dunia tidak lama lagi. Taman tema tersebut akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan sehingga 500,000 meter persegi.

Arab Saudi dikatakan telahpun menandatangani perjanjian perkongsian strategik untuk jangka masa panjang dengan Toie Animation yang merupakan syarikat animasi terkemuka Jepun yang juga animator asal kepada Dragon Ball.

Taman tema tersebut akan mempunyai 7 zon yang bertemakan kepada siri Dragon Ball pertama hingga Dragon Ball yang terkini iaitu Super. Antara 7 zon taman tema tersebut adalah seperti Kame House, Capsule Corporation dan Beerus Planet. Tarikan utama taman tema ini adalah rollercoaster yang bertemakan kepada Shenron yang berukuran sekitar 70 meter yang akan berada di tengah.

Selain itu, terdapat lebih dari 30 tarikan dengan 5 daripadanya boleh dinaiki yang akan merentasi 7 zon taman tema yang memberikan pengalaman dunia Dragon Ball yang sebenar. Namun begitu, tiada sebarang tarikh pembukaan yang dikongsi pada ketika ini..

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN