Close

Apple Vision Pro akan dijual di China pada penghujung tahun ini

Set kepala realiti pertama dari Apple iaitu Vision Pro akan turut ditawarkan untuk pasaran China pada penghujung tahun 2024. Pada ketika ini, Vision Pro hanya ditawarkan secara ekslusif untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Perkara tersebut dikongsi oleh CEO Apple, Tim Cook pada Forum Pembangunan China yang berlangsung di Beijing. Cook menyatakan yang set kepala dengan teknologi Spatial Computing akan tiba ke China pada penghujung tahun 2024. Selain itu, Apple juga akan meningkatkan lagi pelaburan mereka dalam sektor penyelidikan dan pembangunan di China.

Sebelum ini, telah ada beberapa laporan mendedahkan yang Vision Pro akan turut ditawarkan di beberapa pasaran lain seperti Jerman, Perancis, Hong Kong, China, Jepun, Korea, Kanada, UK dan Singapura.

Vision Pro dikuasakan dengan gabungan dua cip iaitu M2 dan R1. Menggunakan paparan dengan resolusi 4K untuk setiap mata bersama dengan 5 penderia utama dan 12 kamera. Menjalankan sistem operasi khusus yang dipanggil sebagai VisionOS.

Di Amerika Syarikat, Vision Pro dijual pada harga bermula sekitar $3499 (RM16K) untuk 256GB, $3699 (RM17K) dan $3899 (RM18K) untuk 1TB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN