WhatsApp kini hadir dengan fungsi baru iaitu ‘Pin Messages’. Fungsi ini membolehkan pengguna untuk pin mesej pada chats individu atau berkumpulan.
if you like pinning a message, you’re going to love pinning three
— WhatsApp (@WhatsApp) March 21, 2024
📌 because you can now pin up to 3 messages in your chats
Terbaru, fungsi ini telah dikemas kini sekaligus membolehkan pengguna melakukan pin sehingga tiga mesej dalam suatu masa pada chats. Sebelum ini, fungsi ini hanya membenarkan satu mesej sahaja yang boleh dipin pada chats individu mahupun berkumpulan.

Fungsi pin messsage ini boleh digunakan untuk pelbagai mesej seperti imej, teks, emoji dan juga undian. Terdapat beberapa tempoh yang boleh dipilih untuk mesej dipin iaitu 24 jam, 7 hari dan 30 hari.
Mesej yang dipin akan diletakkan di bahagian atas chats sekaligus memudahkan pengguna untuk melihat dan mengurangkan masalah terlepas pandang.
Untuk menggunakan fungsi ini, pilih mesej yang ingin dipin. Seterusnya, tekan seketika pada mesej tersebut dan pilih pin pada bahagian menu. Fungsi ini telahpun dilepaskan secara peringkat pada semua pengguna global.