Close

Disney+ Hotstar naikkan harga langganan di Malaysia – Berkuat kuasa 24 April ini

Penstriman video iaitu Disney+ Hotstar mengumumkan yang mereka akan menaikkan harga langganan mereka bermula 24 April ini di Malaysia. Seiring dengan itu, Disney+ turut memperkenalkan dua pelan langganan baru untuk pengguna mereka.

Kenaikkan itu menyaksikan harga langganan untuk pelan Disney+ Hotstar Quaterly Premium yang ditawarkan pada RM54.90 untuk 3 bulan menjadi RM79.90 untuk 3 bulan, meningkat sebanyak RM25. Pelan ini menawarkan penstriman sehingga 4K, 3 penstriman serentak dan boleh dipasang pada 10 peranti.

Disney+ Hotstar turut memperkenalkan dua pelan baru iaitu Basic Plan yang ditawarkan dengan harga langganan RM24.90 sebulan dan Premium Plan dengan harga langganan RM39.90. Disney+ Hotstar turut menawarkan pelan tahunan untuk kedua-dua pelan dengan harga RM214.90 untuk Basic Plan dan RM289.90 untuk Premium Plan. Pelan tahunan ini menawarkan penjimatan sebanyak 30% berbanding byaran secara bulanan.

Sebelum ini, Disney+ Hotstar hanya menawarkan satu pelan langganan sahaja di Malaysia iaitu Disney+ Hotstar Quaterly Premium.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN