Close

‘Teaser’ awal Nothing Ear (3) diperlihatkan – Mungkin tiba tak lama lagi?

TWS terbaru dari Nothing iaitu Ear (3) mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi selepas Nothing secara rasmi berkongsi teaser awal mengenai peranti tersebut melalui platform X (Twitter).

Melalui teaser tersebut, memperlihatkan maskot baru iaitu seekor katak melompat melepasi seekor kumbang yang merupakan maskot yang digunakan pada Ear (2). Teaser tersebut memberikan gambaran mengenai ketibaan produk baru dan ia berkemungkinan adalah Ear (3). Nothing, sememangnya mempunyai cara yang unik dalam memperkenalkan produk baru mereka. Perkara tersebut dapat dilihat pada produk mereka sebelum ini.

Malangnya, tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai Ear (3). Kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti ini kekal dengan rekaan lut sinar bersama dengan peningkatan spesifikasi yang lebih baik. Seperti biasa, lebih banyak maklumat yang akan dikongsi mengenai peranti dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN