Selepas rekaan Pixel 9 Pro tertiris pada Januari lalu, kini giliran rekaan Pixel 9 pula tertiris. Lebih menarik, rekaan awal yang tertiris pada Januari lalu dikatakan sebagai Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL.
Terbaru, rekaan yang didakwa sebagai Pixel 9 telah teriris. Melalui imej tersebut memperlihatkan ia tampil dengan rekaan yang sama seperti Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL. Menggunakan rekaan jenis berkotak bersama rekaan kamera belakang seperti Pixel Fold. Namun begitu, Pixel 9 tidak akan dilengkapi dengan kamera periskop bermaksud ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang.
Selain itu, Pixel 9 dilihat kekal menggunakan skrin jenis rata dengan kamera swafoto jenis punch hole yang diletakkan pada bahagian tengah. Laporan tersebut turut mendedahkan saiz skrin yang akan digunakan iaitu 6.03-inci untuk Pixel 9, 6.1-inci untuk Pixel 9 Pro dan 6.5-inci Pixel 9 Pro XL.
Sekiranya laporan ini tepat, ia sesuatu yang menarik untuk melihat Google memperkenalkan 3 peranti serentak. Ini adalah kali pertama Google memperkenalkan 3 peranti serentak dan membawakan kembali model XL selepas kali terakhir diperkenalkan pada 4 tahun lalu melalui Pixel 4XL.