Close

Kerajaan bagi tol percuma sempena Hari Raya Aidilfitri – 8 April dan 9 April 2024

Kerajaan mengumumkan tol percuma selama 2 hari bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri bermula pada 8 April dan 9 April 2024.

Pemberian tol percuma ini diberikan kepada semua kenderaan persendirian (kelas 1) di semua plaza tol kecuali di dua lokasi iaitu tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan plaza tol Tanjung Kupang di Johor. Bermula pada jam 12.01 am, 8 April 2024 (Isnin) dan berakhir pada jam 11.59 pm , 9 April 2024 (Selasa).

Pemberian tol percuma ini menyaksikan kerajaan memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.60 juta.

Perlaksanaan tol percuma ini adalah sebagai tanda prihatin kerajaan dalam masa yang sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat. Selain itu, tol percuma ini dijangka akan dapat mengurangkan kos perjalanan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman bersempena Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN