Close

Apple mungkin guna panel BOE untuk iPhone SE 4 – Kos lebih murah berbanding Samsung Display

Apple dilaporkan mungkin akan menggunakan panel skrin dari BOE dan bukannya dari Samsung Display untuk digunakan pada iPhone SE 4.

Menurut laporan, terdapat 3 syarikat pembuat skrin yang bersaing untuk mendapatkan lesen pembekal skrin iPhone SE 4 iaitu BOE, Tianma dan Samsung Display. Namun begitu, Samsung Display dikatakan telah menghentikan rundingan tersebut kerana anggaran kos yang diberikan tidak dipersetujui oleh Apple.

Apple menetapkan kos sekitar $25 (RM117) seunit manakala Samsung Display pula meletakkan kos sekitar $30 (RM142) seunit. Disebabkan perbezaan harga, Apple dikatakan tidak berminat untuk menggunakan panel Samsung pada iPhone SE 4.

Berikutan itu, Apple mungkin akan memilih BOE untuk menjadi pembekal utama untuk skrin iPhone SE 4 bersama satu lagi pembekal iaitu Tianma. Walaubagaimanapun, Tianma perlu memenuhi kualiti produk yang ditetapkan oleh Apple terlebih dahulu sebelum mendapatkan lesen pembekal.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN