Close

realme 12x 5G diperkenalkan – Guna cip Dimensity 6100+, bateri 5000mAh dan kamera 50MP

realme secara rasmi memperkenalkan realme 12x 5G bagi menggantikan model sedia ada iaitu realme 11x 5G. Tampil dengan beberapa peningkatan yang lebih baik bersama dengan pelbagai fungsi menarik.

realme 12x 5G hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.72-inci FHD yang turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 950 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6100+ yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAH yang menyokong pengecasan SUPERVOOC 45W. Peranti ini turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi menarik seperti Dynamic Button, Mini Capsule 2.0 dan Air Gesture.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada peranti ini adalah penarafan IP54, WiFi 5, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan realme UI 5.0 yang berasaskan kepada Android 14.

Di India, realme 12x 5G dijual pada harga bermula sekitar ₹11,999 (RM684) untuk 4GB + 128GB, ₹13,499 (RM771) untuk 6GB + 128GB dan ₹14,999 (RM855) untuk 8GB + 128GB. Peranti ini dijangka akan turut dilancarkan untuk pasaran tempatan,

ARTIKEL BERKAITAN