Close

Pusat Sains Negara bagi tiket masuk percuma – Layak jika lengkapkan Modul AI Untuk Rakyat

Pusat Sains Negara kini memberikan tiket masuk secara percuma untuk rakyat Malaysia sekiranya telah melengkapkan Modul AI untuk Rakyat.

AI untuk rakyat adalah program pembelajaran kendiri dalam talian yang dibina untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran rakyat mengenai kecerdasan buatan. Program ini terbahagi kepada dua modul iaitu AI Aware dan AI Appreciate. Untuk mendapatkan tiket percuma anda perlu melengkapkan kedua-dua modul tersebut.

Selepas berjaya melengkapkan kedua-dua modul, tunjukkan lencana digital AI untuk Rakyat di kaunter tiket untuk tebus tiket masuk percuma. Tawaran tiket percuma ini boleh ditebus dari 1 April 2024 hingga 31 Disember 2024. Selain itu, tiket percuma ini terhad untuk kunjungan kali pertama sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN