Close

Apple Watch Series 4 mungkin tidak menyokong watchOS 11

Kemas kini watchOS 11 yang akan diperkenalkan tidak lama lagi mungkin tidak akan menyokong Apple Watch Series 4.

Menurut laporan, Apple berkemungkinan tidak akan memberikan kemas kini watchOS 11 pada Apple Watch Series 4 berikutan peranti tersebut kini mencapai usia 6 tahun. Perkara yang sama berlaku untuk Apple Watch Series 3 apabila tidak menyokong watchOS 9 selepas mencapai usia 5 tahun.

Laporan tersebut turut berkongsi senarai Apple Watch yang akan menyokong WatchOS 11 antaranya adalah Apple Watch Series 5 (2019), Apple Watch Series 6 (2020), Apple Watch Series 7 (2021), Apple Watch Series 8 (2022), Apple Watch Series 9 (2023), Apple Watch SE (2020), Apple Watch SE (2022), Apple Watch Ultra (2022) dan Apple Watch Ultra 2 (2023).

Apple Watch Series 4 mula diperkenalkan pada 2018, hadir dengan beberapa peningkatan seperti reka bentuk yang lebih baik, skrin lebih besar, sokongan storan yang lebih besar dan menyokong fungsi Fall Detection dan ECG.

watchOS 11 dijangka akan diumumkan pada acara WWDC 2024 yang akan berlangsung pada 10 Jun ini. Selain watchOS 11, Apple akan turut mengumumkan sistem operasi baru macOS, iOS, iPadOS, tvOS dan juga VisionOS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN