Close

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mula diberikan hari ini

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mula diterima oleh penerima yang layak bermula hari ini. Sebelum ini, Kerajaan mengumumkan yang STR Fasa 2 akan mula diberikan bermula 3 April 2024.

Pembayaran STR Fasa 2 ini melibatkan 8.4 juta penerima dengan kadar bayaran bermula RM100 hingga RM650.

Pembayaran STR Fasa 2 akan dikreditkan secara berperingkat melalui akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sedia ada dan penerima baru yang berdaftar di dalam pangkalan data STR, mengikut kepada kategori kelayakan masing-masing.

Bagi pemohon yang layak dan tiada dalam pangkalan data STR. Anda perlu membuat permohonan baru bagi membolehkan proses pengesahan mengikut kategori STR dimuktamadkan.

Untuk semakan status kelayakan atau maklumat lanjut mengenai STR boleh layari laman rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau

ARTIKEL BERKAITAN