Close

MacBook Air M3 boleh mula dibeli di Malaysia – Penghantaran bermula minggu depan

Apple Malaysia mengemas kini laman rasmi mereka dengan menyertakan tarikh penghantaran untuk komputer riba baru mereka iaitu MacBook Air M3.

MacBook Air dengan cip M3 telah diperkenalkan pada Mac lalu dan kini ia tersedia untuk dibeli oleh pengguna di Malaysia. Melalui tinjauan kami, penghantaran paling awal adalah pada minggu hadapan iaitu pada 8 April. Namun begitu, ia bergantung kepada alamat penghantaran.

MacBook Air M3 tampil dalam dua pilihan saiz skrin iaitu 13-inci dan 15-inci. Menggunakan skrin Liquid Retina dengan kecerahan puncak 500 nits. Dikuasakan dengan cip Apple M3 yang menawarkan peningkatan prestasi sehingga 60% lebih pantas daripada cip M1 dan 13 kali lebih laju daripada MacBook Air yang dikuasakan dengan cip Intel.

Untuk ketahanan bateri, MacBook Air M3 dikatakan mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik iaitu sehingga 18 Jam. Turut hadir dengan spesifikasi lain seperti sokongan WiFi 6E, pengecasan MagSafe, bicu audio 3.5mm, sambungan 2x Thunderbolt, kamera web 1080p dan pembesar suara Dolby Atmos.

Di Malaysia, MacBook Air M3 13-inci dijual pada harga bermula RM5199 manakala untuk MacBook Air 15-inci M3 ia dijual pada harga RM6199.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN