Close

Skuter Elektrik BWM CE 02 akan tiba di Malaysia tak lama lagi

BMW Motorrad Malaysia mengemas kini laman web mereka dengan menyenaraikan Skuter Elektrik BMW CE 02. Skuter Elektrik ini telahpun diperkenalkan lebih awal untuk pasaran Eropah pada Julai tahun lalu.

Penyenaraian tersebut memberikan gambaran yang BMW CE 02 akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi. BMW CE 02 membawakan rekaan futuristik sama seperti model BMW CE 04 namun, ia adalah versi yang lebih mampu milik berbanding BMW CE 04.

Dari segi rekaan, BMW CE 02 hadir dengan rekaan futuristik mirip seperti BMW CE 04 tetapi lebih kompak dan lebih kecil, dilihat lebih sesuai untuk penunggangan dalam bandar.

Mampu menghasilkan 15 hp dan 55 Nm, dengan kelajuan maksimum pada 95 km/j. Dimuatkan dengan bateri 3.92 kWh yang boleh bergerak sehingga 90 km untuk satu isian penuh. Menyokong kuasa pengecasan pada 0.9kW atau 1.5kW bagi pengguna yang menaik taraf sistem pengecasan.

Untuk keselamatan, BMW CE 02 dilengkapi dengan sistem brek ABS, Automatic Stability Control (ACS) dan juga Recuperative Stability Control (RCS). Selain itu, ia turut hadir dengan mod Reverse Assistant dan skrin TFT LCD bersaiz 3.5-inci yang digunakan untuk memaparkan maklumat ketika menunggang.

Harga jualan dan tarikh penjualan di Malaysia buat masa ini masih lagi menjadi rahsia. Di Eropah, BMW CE 02 ini ditawarkan dengan harga bermula sekitar $7999 (36,000).

ARTIKEL BERKAITAN