Close

Redmi Note 13 Pro+ 5G Xiaomi Fan Festival kini dijual di Malaysia – Terhad 1000 unit dengan harga RM1999

Xiaomi Malaysia kini menawarkan model edisi terhad Redmi Note 13 Pro+ 5G Xiaomi Fan Festival untuk pasaran tempatan. Model edisi terhad ini tampil dengan kemasan yang berbeza dan terdapat logo Xiaomi Fan Festival pada bahagian belakang.

Model edisi terhad ini tampil dengan pilihan warna yang lebih menarik iaitu Mystic Silver yang dipadankan dengan kemasan jenis berkilat pada panel belakang. Pilihan warna dan kemasan ini menjadikan ia nampak lebih premium. Malangnya, Redmi Note 13 Pro+ 5G Fan Festival ini ditawarkan pada jumlah yang sangat terhad iaitu 1000 unit sahaja.

Dari segi spesifikasi dalaman tiada sebarang perubahan yang dibawakan pada model edisi terhad ini. Kekal menggunakan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 1800 nits, Dolby vision, PWM Dimming 1920Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus.

Dijana dengan cip Dimensity 7200-Ultra yang dipadankan dengan RAM LDPPR5 sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan Swafoto 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan HyperCharge 120W.

Bagi yang berminat, model edisi terhad ini boleh didapatkan melalui kedai rasmi atas talian Xiaomi Malaysia di Shopee dan Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN