Close

realme Note 50 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM349

realme Malaysia secara rasmi memperkenal peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu realme Note 50. Merupakan peranti kelas permulaan dan model Note pertama yang ditawarkan oleh realme.

realme Note 50 hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.74-inci dengan HD+. Turut menyokong paparan 90Hz, kecerahan puncak 560 nits dan Touch Sampling Rate 180Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T612 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 128GB yang turut menyokong kad mikroSD sehingga 2TB.

Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 13MP dan Swafoto 5MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 10W melalui USB-C. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah penarafan IP54, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.0 dan menjalankan realme UI berasaskan Android 13.

Di Malaysia, realme Note 50 dijual pada harga RM349 untuk 4GB + 64GB dan RM399 untuk 4GB + 128 GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli di semua pengedar rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN