Close

GWM Ora 07 tiba di Malaysia – Dua pilihan varian dengan harga bermula RM169K

Great Wall Motor (GWM) kini sedia untuk menawarkan sebuah lagi kenderaan elektrik (EV) untuk pasaran tempatan melalui model Ora 07. Ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Long Range Ulra dan Perfomance dengan jaminan bateri sehingga lapan tahun.

Untuk Ora 07 Long Range Ultra, ia dilengkapi dengan motor elektrik pacuan roda hadapan yang mampu memberikan kuasa 201 hp dan 340 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 7.9 saat. Kelajuan maksimum 170 km/j dengan jarak gerak sejauh 640 km (NEDC).

Manakala untuk Ora 07 Perfomance pula,ia dilengkapi dengan dua motor elektrik pacuan semua roda yang mampu menghasilkan kuasa 402 hp dengan 680 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 4.3 saat. Kelajuan maksimum 180 km/j dengan jarak gerak sejauh 550 km (NEDC). Selain itu, Ora 07 Perfomance ini turut menyokong 6 mod pemanduan berbanding 5 mod pemanduan untuk Ora 07 Long Range Ultra.

Kedua-dua varian ini menggunakan kapasiti bateri yang sama iaitu 83.499 kWh dengan teknologi bateri Ternary Lithium. Menyokong pengecasan pantas DC dengan 30% ke 80% hanya mengambil masa 32 minit sahaja. Sementara pengecasan AC pula mengambil masa selama 15 jam dari 0% ke 100%. Selain itu, ia turut meyokong fungsi V2L pada 3.3 kW.

Di Malaysia, Ora 07 Long Range Ultra dijual pada harga RM169,800 manakala untuk Ora 07 Perfomance dijual pada harga RM189,800. GWM memberikan jaminan selama 6 tahun atau 150,000 km dan juga jaminan selama 8 tahun atau 180,000 km untuk bateri, motor elektrik dan unit kawalan motor elektrik.

Lebih menarik, GWM turut memberikan gantian terus sekiranya kesihatan bateri turun di bawah 70% dalam tempoh jaminan. Selain itu, untuk 500 pembeli terawal akan menerima pengecas wallbox percuma dengan 2 tahun jaminan tambahan.

ARTIKEL BERKAITAN