Close

Nothing menjadualkan acara khas pada 18 April ini – Mungkin perkenal Ear (3)?

Nothing secara rasmi berkongsi tarikh acara khas pada 18 April ini. Perkara tersebut dikongsi melalui platform X (Twitter) dengan imej promosi seekor katak dan seekor kumbang dengan perkataan ‘Play Date’.

Namun begitu, Nothing tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai peranti yang akan diperkenalkan. Menurut beberapa laporan, Nothing berkemungkinan akan memperkenal TWS generasi seterusnya iaitu Ear (3).

Perkara tersebut dikaitkan dengan imej promosi iaitu maskot baru seekor katak Ear (3) dengan seekor kumbang yang merupakan maskot yang digunakan pada Ear (2).  Kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti ini kekal dengan rekaan lut sinar bersama dengan peningkatan spesifikasi yang lebih baik.

Nothing, sememangnya mempunyai cara yang unik dalam memperkenalkan produk baru mereka. Perkara tersebut dapat dilihat pada produk mereka sebelum ini. Seperti biasa, lebih banyak maklumat yang akan dikongsi mengenai peranti dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN