Close

Google mungkin kenakan bayaran untuk fungsi AI pada Google Search

Google dijangka akan membawa perubahan pada enjin carian mereka dengan menyertakan fungsi AI Generatif. Dengan adanya AI Generatif ia membolehkan hasil carian menjadi lebih pantas dan lebih baik berbanding versi sebelumnya.

Namun apa yang kurang menarik adalah, Google mungkin akan mengenakan bayaran untuk menggunakan fungsi AI Generatif pada Google Search. Fungsi tersebut dijangka akan ditawarkan secara premium melalui langganan sedia ada yang menawarkan akses kepada AI Gemini pada Docs dan Gmail.

Namun begitu, Google tidak merancang untuk membuang iklan pada enjin carian mereka. Bermakna, iklan masih akan dilihat untuk pengguna percuma dan pengguna berbayar. Walaubagaimanapun, pengguna berbayar mempunyai kelebihan untuk carian yang lebih baik melalui fungsi AI Generatif.

Perubahan ini dijangka akan dilakukan tidak lama lagi berikutan fungsi ini telahpun diuji oleh pasukan Google.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN