Close

BYD bakal perkenal trak pikap elektrik pada tahun ini – Pesaing kepada Tesla Cybertruck?

Pengeluar EV terkemuka China iaitu BYD dijangka akan memperkenalkan segmen baru untuk EV mereka, segmen baru tersebut adalah trak pikap elektrik.

Menurut laporan, trak pikap elektrik pertama dari BYD akan diperkenalkan pada tahun ini. Lebih menarik, ia akan turut tersedia untuk pasaran global pada penghujung tahun 2024. Selain itu, BYD turut berkongsi imej awal trak pikap tersebut, memperlihatkan ia tampil dengan saiz sederhana dan sedikit lebih besar berbanding trak Hilux yang baru diperkenalkan oleh Toyota.

Trak pikap elektrik dari BYD ini dijangka akan menjadi pesaing kepada Tesla Cybertruck dan beberapa pengeluar trak pikap elektrik lain. Tiada maklumat lanjut yang dikongsi oleh BYD mengenai trak pikap pertama mereka. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan dikongsi oleh BYD dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

BYD kini boleh dikatakan sebagai peneraju utama EV global selepas berjaya memintas angka jualan Tesla untuk suku ke-4 tahun 2023. BYD telah menghantar sekitar 526,409 EV untuk suku ke-4 2023 manakala Tesla hanya menghantar sekitar 484,507 pada suku yang sama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN