Close

Tesla Cybertruck dikesan di Malaysia – Mungkin diperkenal tak lama lagi?

Trak pikap elektrik dari Tesla iaitu Cybertruck telah dikesan berada di Malaysia. Sekaligus, memberikan gambaran ia mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Melalui perkongsian M Ruh Naim di Facebook, memperlihatkan Tesla Cybertruck ditutup dengan kain berwarna hitam. Lebih menarik, tertera perkataan ‘Tesla Kuala Lumpur’ pada bahagian dinding dalam imej yang dikongsi.

Namun begitu, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran, ketersediaan dan harga jualan buat masa ini. Kita mungkin boleh menjangkakan ia akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang berikutan Cybertruck telahpun disenaraikan dalam laman rasmi Tesla Malaysia.

Cybertruck telahpun dilancarkan pada Disember tahun lalu. Hadir dengan tiga pilihan varian iaitu RWD, AWD dan spesifikasi paling tinggi iaitu Cyberbeast.

Untuk RWD, kelajuan maksimum mencapai 180 km/j dan mampu memecut 0 ke 100 km/j dalam masa 6.5 saat. Mampu bergerak sejauh 402 km dan dijual pada harga sekitar $60,900 (RM289K).

Seterusnya AWD, kelajuan maksimum mencapai 180 km/j dan mampu memecut 0 ke100 km/j hanya dalam masa 4.1 saat. Mampu bergerak sejauh 547 km dan dijual pada harga sekitar $79,990 (RM379K).

Akhir sekali adalah Cyberbeast, kelajuan maksimum mencapai 209 km/j dan mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 2.6 saat sahaja. Mampu bergerak sejauh 514 km dan dijual pada harga sekitar $99,990 (RM474K).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN