Close

Dua projek dibatalkan – Apple buang lebih 600 pekerja

Seperti yang kita tahu, Apple telahpun menamatkan projek untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka. Keputusan tersebut menyebabkan Apple terpaksa melakukan penstrukturan semula organisasi mereka.

Terbaru, Apple dilaporkan memberhentikan lebih dari 600 pekerja mereka berikutan penamatan dua projek iaitu EV dan juga paparan Mikro-LED. Berikutan itu, Apple telah memfailkan lapan laporan berasingan untuk Pemberitahuan Pelarasan dan Latihan Semula Pekerja (WARN).

Namun begitu, terdapat laporan menyatakan jumlah sebenar pekerja yang diberhentikan mungkin melebihi dari apa yang dikongsi. Sebelum ini, telah ada laporan mendedahkan beberapa pekerja akan ditukar ke bahagian lain, memohon pekerjaan dalam pasukan lain atau diberhentikan.

Kedua-dua projek tersebut terpaksa ditamatkan oleh Apple kerana beberapa masalah seperti cabaran kejuruteraan, pembekal dan juga kos yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN