Close

Motorola Edge 50 Ultra diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8s Gen 3 dengan kamera 64MP

Motorola secara rasmi memperkenalkan peranti andalan baru mereka iaitu Edge 50 Ultra. Menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan panel belakang dari binaan kayu.

Dari segi spesifikasi, Edge 50 Ultra hadir dengan skrin P-OLED jenis melengkung bersaiz 6.7-inci dengan resolusi 2712 x 1220. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 2500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1/1.3″ + 50MP Ultra Lebar + 64MP Periskop dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 125W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti penarafan IP68, pengimbas cap jari pada butang kuasa, pembesar suara jenis stereo, pelindung skrin Gorilla Glass Victus dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android.

Panel belakang jenis kayu yang digunakan pada Edge 50 Ultra bukanlah pertama kali digunakan oleh Motorola. Sebelum ini, panel belakang jenis kayu pernah digunakan pada model Moto X yang diperkenalkan pada 10 tahun lalu. Namun begitu, harga jualan peranti ini masih lagi tidak diketahui.

ARTIKEL BERKAITAN