Close

iPhone 17 Plus mungkin hadir dengan skrin lebih kecil

Apple mungkin akan menggunakan skrin yang lebih kecil pada iPhone 17 Plus berbanding model sebelumnya.

Menurut laporan, saiz skrin iPhone 17 Plus dikatakan lebih kecil berbanding iPhone 15 Plus dan 16 Plus. Pada ketika ini, iPhone 15 Plus dan 16 Plus menggunakan saiz skrin 6.7-inci. Bermaksud, iPhone 17 Plus mungkin hadir dengan saiz skrin bawah daripada 6.7-inci.

Malangnya, laporan tersebut tidak mendedahkan secara tepat mengenai saiz skrin yang akan digunakan pada iPhone 17 Plus. Apple pada ketika ini dilihat cenderung untuk menggunakan saiz skrin yang sama pada model mereka sebagai contoh model Plus menggunakan saiz skrin model Pro Max dan model standard menggunakan saiz skrin model Pro.

Sebelum ini, kami ada melaporkan yang iPhone 16 Pro dan Pro Max akan menggunakan saiz skrin yang lebih besar iaitu 6.3-inci iPhone 16 Pro dan 6.9-inci iPhone 16 Pro Max. Jadi, laporan mengenai saiz skrin iPhone 17 Plus lebih kecil dilihat sedikit berbeza namun ia masih terlalu untuk diperkatakan.

Walaubagaimanapun, ia sesuatu yang menarik untuk melihat perubahan yang akan dibawakan oleh Apple pada generasi iPhone yang seterusnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN