Close

Siri HUAWEI Pura70 diperkenalkan – Guna skrin OLED dengan sensor kamera 1-inci

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan peranti andalan baru mereka iaitu siri Pura70 di China. Tampil dengan 4 pilihan model iaitu Pura70, Pura70 Pro, Pura70 Pro+ dan Pura70 Ultra.

Model paling premium untuk siri Pura70 semestinya adalah Pura70 Ultra. Hadir dengan skrin OLED LTPO bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dilengkapi dengan 16GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 5200mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W bewayar dan 80W tanpa wayar.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci + 40MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 13MP. Kemampuan kamera ini dijana melalui sistem pengimejan Xmage. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah penarafan IP68, pelindung skrin Kunlun Glass generas ke-2, Bluetooth 5.2 dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2.

Manakala untuk Pura70 Pro+, ia hadir dengan skrin OLED LTPO bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Turut dilengkapi dengan 16GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 5050mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W bewayar dan 80W tanpa wayar.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12.5MP Ultra Lebar + 40MP Telefoto dan swafoto 13MP.Spesifikasi lain yang turut hadir adalah penarafan IP68, Bluetooth 5.2, NFC dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2.

Seterusnya Pura70 Pro, turut hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dilengkapi dengan 12GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 5050mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W bewayar dan 80W tanpa wayar.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12.5MP Ultra Lebar + 40MP Telefoto dan swafoto 13MP.Spesifikasi lain yang turut hadir adalah penarafan IP68, Bluetooth 5.2, NFC dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2.

Akhir sekali adalah Pura70, hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.6-inci dengan paparan 120Hz. Dilengkapi dengan 12GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 4900mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W bewayar dan 50W tanpa wayar.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 13MP Ultra Lebar + 12MP Telefoto dan swafoto 13MP.Spesifikasi lain yang turut hadir adalah penarafan IP68, Bluetooth 5.2, NFC dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2.

Di China, siri Pura70 dijual pada harga bermula sekitar RMB9999 (RM6600) untuk Pura70 Ultra, RMB7999 (RM5284) untuk Pura70 Pro+, RMB6499 (RM4292) untuk Pura70 Pro dan RMB5499 (RM3634) untuk Pura70. Seperti siri sebelum ini, siri Pura70 hanya tersedia untuk pasaran China sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN