Close

Nothing Ear dan Ear (a) tiba di Malaysia dengan harga bermula RM479

Nothing secara rasmi memperkenalkan dua TWS baru mereka iaitu Nothing Ear dan Ear (a). Merupakan pengganti kepada Nothing Ear (2) dan Nothing Ear (Stick). Menariknya, kedua-dua TWS ini turut diintergrasikan dengan ChatGPT membolehkan pengguna melakukan akses pantas melalui arahan suara.

Nothing Ear merupakan TWS paling premium, menjanjikan audio 10% lebih baik dan lebih jelas melalui pemacu audio diafragma seramik bersaiz 11mm. Turut menyokong audio 24-bit Hi-Res dengan LHDC 5.0, LDAC dan Bass Enhanced untuk memberikan pengalaman audio yang lebih baik.

Fungsi ANC turut dipertingkat dengan fungsi Smart Active Noise Cancellation sehingga 45db yang dikawal secara automatik mengikut kepada persekitaran. Selain itu, ia kini turut menyokong lebih banyak kawalan bunyi melalui Advanced Equalizer dengan 8-Band EQ. Dimuatkan dengan bateri 500mAh untuk bekas pengecas dan 46mAh untuk setiap fon telinga. TWS ini mampu bertahan sehingga 40.5 jam dengan bekas pengecas dan 8.5 jam dengan fon telinga. Nothing Ear turut menyokong Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair.

Nothing Ear (a) merupakan TWS lebih mampu milik, masih menawarkan fungsi yang hampir sama seperti Nothing Ear. Antaranya seperti pemacu dinamik diafragma 11mm, Smart ANC dan sokongan LDAC. Dari segi rekaan, Ear (a) tampil pilihan warna baru iaitu kuning dengan bekas pengecas segi empat.

Dilengkapi dengan kapasiti bateri yang sama seperti Nothing Ear namun dengan ketahanan bateri yang lebih panjang iaitu 42.5 jam dengan bekas pengecas dan 9.5 jam dengan fon telinga. Untuk sambungan, ia menyokong fungsi yang sama seperti Nothing Ear.

Di Malaysia, Nothing Ear dijual pada harga RM659 dan Nothing Ear (a) dijual pada harga RM479. Bagi yang berminat, TWS ini boleh mula dipra-tempah melalui laman rasmi Nothing Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN