Sebelum ini, kami ada melaporkan yang TikTok bakal memperkenalkan pesaing kepada Instagram. Aplikasi tersebut akan memfokuskan kepada perkongsian gambar dan dikenali sebagai TikTok Notes.
/1 We're in the early stages of experimenting with a dedicated space for photo and text content with TikTok Notes. Starting today, TikTok Notes is available for download and limited testing in Australia and Canada.
— TikTokComms (@TikTokComms) April 17, 2024
Terbaru, TikTok dilaporkan telah mula menguji aplikasi tersebut dan telah tersedia kepada beberapa pengguna terpilih di Kanada dan Australia. Perkara tersebut dikongsi oleh TikTok melalui platform X (Twitter). Perkongsian tersebut turut memperlihatkan antara muka TikTok Notes dengan halaman utamanya menggunakan susunan jenis grid. Membolehkan penguna melihat lebih banyak kandungan dalam satu masa.

Selain itu, TikTok Notes turut menyokong perkongsian gambar dan teks untuk menjadikan ia lebih kreatif dan menarik. Seperti aplikasi lain, TikTok Notes turut menyokong pautan kepada akaun TikTok yang sama. Buat masa ini, TikTok tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketibaan aplikasi ini secara global.