Close

Aplikasi MyGOV Malaysia akan diperkenalkan pada bulan depan

Menteri Digital iaitu Gobind Singh Deo, menyatakan platform digital tunggal bagi perkhidmatan awam atau MyGOV Malaysia akan diperkenalkan pada bulan depan.

Menurut beliau, aplikasi mudah alih ini adalah sebahagian daripada inisiatif Teknologi Kerajaan (GovTECH) negara untuk memudahkan rakyat mengakses pelbagai agensi kerajaan dengan mudah dan efisien.

MyGOV Malaysia akan memfokuskan kepada tujuh perkhidmatan utama iaitu perjalanan (urusan pasport), pendaftaran (kelahiran dan kewarganegaraan), pemanduan (cukai jalan dan lesen memandu) serta kesihatan (janji temu perubatan dan rekod kesihatan).

Selain itu, aplikasi tersebut akan turut melibatkan perkhidmatan saman (semakan dan bayaran), perumahan (cukai tanah dan cukai taksiran) serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Pada masa akan datang, lebih banyak ciri tambahan akan diperkenalkan untuk meningkatkan lagi keupayaan aplikasi ini. MyGOV Malaysia akan turut diintergrasikan dengan MyDigital ID sekaligus membolehkan pengguna mengakses aplikasi dengan menggunakan maklumat MyDigital ID.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN