Close

Siri OPPO Reno14 tiba ke pasaran global – Guna cip Dimensity 8450 dengan bateri 6200mAh

Siri OPPO Reno14 kini tiba secara rasmi ke pasaran global dengan Taiwan menjadi negara pertama menawarkan peranti ini. Hadir dengan 3 pilihan model iaitu Reno14, Reno 14 Pro dan Reno14F.

Reno14 Pro merupakan model premium dalam siri Reno14, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 7i. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8450 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Periskop Telefoto + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 6200mAh yang menyokong pengecasan 80W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.4, NFC, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 15.

Reno14 dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 7i. Dijana dengan cip Dimensity 8350 yang digabungkan dengan 12GB RAM LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Periskop Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 80W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.4, NFC, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 15.

Akhir sekali adalah Reno14F, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan AGC Dragontrail DT-STAR D+. Dijana dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.4, NFC, penarafan IP69 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 15.

Untuk pasaran Taiwan, siri OPPO Reno14 dijual pada harga bermula sekitar TWD 17,990 (RM2614) mencapai sehingga TWD 23,990 (RM3486). Peranti ini akan turut ditawarkan ke pasaran tempatan pada 1 Julai ini.

ARTIKEL BERKAITAN