vivo secara rasmi memperkenalkan telefon lipat mereka yang seterusnya iaitu X Fold5 di China. Tampil dengan pelbagai peningkatan merangkumi rekaan, ketahanan dan spesifikasi.

vivo X Fold5 menggunakan rekaan yang lebih ringan dan lebih tahan lasak. Peranti ini mempunyai ketebalan 9.2mm apabila dilipat, 4.3mm apabila dibuka dan hanya seberat 217 gram sahaja. Engsel direka semula menggunakan binaan gentian karbon dan keluli bertekanan tinggi untuk menjadikan ia lebih ringan.

Hadir dengan skrin luar bersaiz 6.53-inci AMOLED 120Hz dan skrin dalam bersaiz 8.03-inci LTPO AMOLED 120Hz. Skrin peranti ini menyokong kecerahan puncak 4500 nits dan dilindungi dengan Armor Glass generasi kedua. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX921 + 50MP Sony IMX882 + 50MP Ultra Lebar. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan kerjasama Zeiss. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 20MP yang dimuatkan pada skrin luar dan skrin dalam.

Dimuatkan dengan bateri 6000mAh Blue Volt yang menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 40W tanpa wayar. X Fold5 turut menyokong penarafan yang baik dengan IP5X, IPX8 dan IPX9+ menjadikan peranti ini kalis terhadap air tekanan tinggi dan debu.
Apa yang menarik, vivo X Fold5 akan menjadi peranti Android pertama yang akan menyokong peranti Apple. Bermaksud, peranti ini boleh diintergrasikan dengan ekosistem dari Apple. Sekaligus, boleh menerima notifikasi, melakukan panggilan fon dan sebagainya.

Di China, vivo X Fold5 dijual pada bermula sekitar CNY7000 (RM4127) dan mencapai sehingga CNY9500 (RM5593) untuk spesifikasi tertinggi.