Microsoft dan Meta secara rasmi memperkenalkan set kepala VR baru iaitu Meta Quest 3S Xbo Edition. Merupakan edisi khas pertama bagi siri Quest dan ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad.

Meta Quest 3S Xbox Edition hadir dengan rekaan bertemakan Xbox dengan kemasan warna ikonik iaitu Carbon Black dan Velocity Green. Dari segi spesifikasi, tiada perubahan bermaksud ia kekal menggunakan spesifikasi yang sama seperti Meta Quest 3S iaitu dikuasakan dengan cip Snapdragon XR2 Gen 2, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain hadir dengan rekaan dan warna yang menarik, Meta Quest 3S Xbox Edition turut hadir dengan beberapa aksesori eksklusif seperti Touch Plus controllers, Xbox controller edisi terhad, Elite Strap, dan langganan Xbox Game Pass Ultimate selama tiga bulan.

Melalui Meta Quest 3 Xbox Edition, pengguna boleh bermain atau strim ratusan permainan Xbox melalui aplikasi Xbox. Menariknya, pengguna hanya memerlukan set kepala dan sambungan WiFi sahaja tanpa konsol fizikal.
Meta Quest 3 Xbox Edition dijual pada harga sekitar $399.99 (RM1696). Hanya tersedia untuk pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom serta ditawarkan dalam jumlah yang terhad. Malangnya, tiada kuantiti atau jumlah tepat yang dikongsi mengenai unit yang tersedia.