Close

HONOR X7b 5G akan tiba di Malaysia pada 22 April ini

HONOR Malaysia bakal memperkenalkan satu lagi peranti kelas pertengahan baru untuk pasaran tempatan melalui model X7b 5G. Sebelum ini, HONOR telahpun menawarkan X7b 4G yang dijual pada harga RM799.

HONOR X7b 5G telahpun diperkenalkan lebih awal untuk pasaran global. Hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.8-inci dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Dimenisty 6020, 8GB RAM, storan dalaman 256GB, bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 35W.

Menggunakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 108MP + 2MP Makro + 2MP Kedalaman dan swafoto 8MP. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah spesifikasi sama akan digunakan atau sebaliknya. Selain X7b 5G, HONOR dijangka akan turut memperkenalkan beberapa peranti lain seperti Pad 9 5G, MagicBook X 16 dan Band 9.

HONOR Malaysia telahpun menjadualkan acara pelancaran peranti ini pada 22 April 2024. Jadi, maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaan hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN