Close

HUAWEI nova 12i kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM1299

Pengguna Malaysia kini boleh mula membeli peranti baru HUAWEI iaitu nova 12i di semua pengedar rasmi HUAWEI Malaysia. Peranti ini telahpun diperkenalkan pada 25 Mac lalu namun ia hanya boleh dibeli bermula hari ini.

HUAWEI nova 12i hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 90Hz dan touch sampling rate 270Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 40W yang mampu mengecas 62% hanya dalam 30 minit sahaja. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.0, NFC, HUAWEI Histen, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasai EMUI 14.

Di Malaysia, HUAWEI nova 12i dijual pada harga RM1299 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti boleh dibeli di semua pengedar rasmi HUAWEI Malaysia. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM308 iaitu HUAWEI Band 8 dan pakej Leisure Moments.

ARTIKEL BERKAITAN