Close

Siri iQOO Z9 akan tiba di Malaysia tak lama lagi

iQOO Malaysia secara rasmi berkongsi maklumat mengenai ketibaan siri iQOO Z9 ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Siri iQOO Z9 merupakan peranti kelas pertengahan dan akan ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu iQOO Z9 dan iQOO Z9x.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi penuh yang dikongsi oleh iQOO Malaysia. Namun begitu, melalui penyenaraian di Shopee iQOO Malaysia mendedahkan beberapa maklumat mengenai siri iQOO Z9.

Untuk iQOO Z9, ia akan dilengkapi dengan skrin AMOLED, paparan 144Hz, bateri 6000mAh dan pengecasan FlashCharge 80W. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Manakala untuk iQOO Z9x, ia hadir dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, 8GB RAM, storan dalaman 128GB, bateri 6000mAh dan pengecasan FlashCharge 44W. Kedua-dua model ini menyokong rangkaian 5G. Buat masa ini, hanya harga jualan dan ketersediaan peranti yang menjadi rahsia. Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai peranti ini akan diketahui dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN