Close

Apple buang WhatsApp dan Thread dari App Store di China – Ini sebabnya…

Kerajaan China telah mengarahkan Apple untuk membuang dua aplikasi Meta iaitu WhatsApp dan Threads dari App Store.

Menurut laporan, Kerajaan China melalui Pentadbiran Ruang Siber (The Cyberspace Administration) telah mengarahkan Apple untuk membuang aplikasi permesejan WhatsApp dan Thread dari App Store kerana kebimbangan terhadap keselamatan negara.

Selain itu, langkah tersebut diambil berikutan perlaksanaan peraturan baru di China yang mewajibkan semua aplikasi berdaftar dengan kerajaan atau aplikasi berisiko akan dibuang. Tidak hanya WhatsApp dan Thread, aplikasi permesejan Telegram dan Signal turut diarahkan untuk dibuang dari App Store di negara tersebut.

Tindakan ini berkemungkinan sebagai tindak balas kepada Amerika Syarikat yang mengharamkan aplikasi TikTok yang dimiliki oleh syarikat dari China iaitu ByteDance. Walaubagaimanapun, aplikasi WhatsApp dan Threads masih lagi boleh dimuat turun di luar dari China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN