ASUS Malaysia secara rasmi memperkenalkan siri Vivobook S 2024 untuk pasaran tempatan melalui model Vivobook S 14 OLED dan S 16 OLED. Hadir dengan rekaan yang lebih ringan dan prestasi yang lebih berkuasa yang sesuai untuk pelbagai kegunaan.
Untuk spesifikasi, Vivobook S14 OLED dan S 16 OLED berkongsi spesifikasi yang hampir sama cuma dibezakan dengan saiz dan teknologi skrin. Vivobook S 14 OLED menggunakan skrin OLED bersaiz 14-inci dengan resolusi 1920 x 1200 manakala Vivobook S 16 OLED menggunakan skrin OLED bersaiz 16-inci dengan resolusi 3.2K. Kedua-dua skrin menyokong Vesa Display HDR True Black 600 dan pengiktirafan TÜV Rheinland untuk penjagaan mata. Lebih menarik, komputer riba ini hanya setebal 1.39 cm dan berat hanya 1.3 kg sahaja.
Siri Vivobook S 2024 ini dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core Ultra yang dipadankan dengan GPU Inter Arc. Dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB PCIe 4.0. Dimuatkan dengan bateri 75Wh yang mampu bertahan sehingga 16 jam dan menyokong pengecasan pantas 90W.
Menggunakan papan kekunci yang menyokong lampu RGB bersama dengan butang khas Copilot Key. Selain itu, ia juga menyokong Ketahanan gred tentera MIL-STD-810H AS. Dari segi sambungan, siri Vivobook S ini mempunyai 2x Thunderbolt 4 Type C, 2x USB 3.2 Gen 1 Type A, 1x HDMI, 1x MicroSD dan 1x bicu audio. Turut menyokong sambungan WiFi 6E, Bluetooth 5.3 dan pembesar suara Harman Kardon.
Di Malaysia, Vivobook S 14 OLED dijual pada harga bermula RM4399 manakala Vivobook S 16 OLED pula dijual pada harga bermula RM4699. Bagi yang berminat, siri Vivobook S 2024 ini boleh dibeli bermula 29 April ini di semua pengedar rasmi ASUS Malaysia.