Close

Google Play Store ada fungsi baru – Boleh muat turun dua aplikasi serentak

Selepas diuji sejak tahun lalu, fungsi yang ditunggu-tunggu oleh pengguna akhirnya tiba. Fungsi yang dimaksudkan adalah ‘simultaneous downloads’ yang membolehkan pengguna untuk muat turun dua aplikasi secara serentak.

Sebelum ini, Play Store hanya menyokong muat turun satu aplikasi sahaja dalam satu masa dan aplikasi seterusnya akan dimuat turun selepas aplikasi pertama selesai. Kini, pengguna boleh memuat turun dua aplikasi secara serentak. Fungsi ini menjadikan proses pemasangan aplikasi lebih pantas lebih-lebih lagi untuk peranti baru.

Namun begitu, fungsi simultaneous downloads tidak tersedia untuk kemas kini aplikasi sebaliknya hanya boleh digunakan untuk muat turun aplikasi baru sahaja.

Untuk mencuba fungsi ini, pastikan Play Store anda telah dikemas kini kepada yang terkini. Kami telahpun mencuba fungsi dan ia dapat digunakan tanpa sebarang masalah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN