Close

iPad Pro baru mungkin guna cip Apple M4

Apple telahpun menjadualkan acara khas pada 7 Mei ini. Pada acara tersebut, Apple dijangka akan memperkenalkan iPad Air, iPad Pro dan Apple Pencil generasi baru.

Terbaru, iPad Pro baru dijangka akan dikuasakan dengan cip Apple M4 bukan cip Apple M3 seperti yang dilaporkan sebelum ini. Sekaligus, menjadikan ia peranti pertama menggunakan cip tersebut. Cip yang sama akan turut digunakan pada model Mac yang berkemungkinan akan diperkenalkan penghujung tahun ini.

Cip Apple M4 dikatakan lebih memfokuskan kepada kemampuan AI yang lebih baik dan lebih berkuasa. Bermaksud, kita bakal melihat pelbagai fungsi menarik yang dijana melalui AI. Walaubagaimanapun, tiada maklumat mengenai fungsi AI yang akan dibawakan oleh Apple. Maklumat tersebut hanya akan dikongsi pada acara WWDC 24 yang dijadualkan berlangsung pada Jun tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN