OPPO Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk pasaran tempatan melalui model A60. Melaluinya, ia hadir dengan spesifikasi yang lebih baik dan rekaan yang lebih menarik.
OPPO A60 dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.67-inci dengan resolusi HD+. Turut menyokong paparan 90Hz dan kecerahan puncak 950 nits. Dikuasakan dengan cip snapdragon 680 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Potret dan swafoto 8MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, penarafan IP54, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan ColorOS 14 yang berasaskan Android 14.
Di Malaysia, OPPO A60 dijual pada harga bermula RM699 untuk 8GB + 128GB dan RM799 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi OPPO Malaysia.