Close

Jualan Tesla merosot – Elon Musk salahkan kenderaan Hibrid

Pemilik kepada Tesla iaitu Elon Musk menyatakan penurunan prestasi jualan kenderaan elektrik (EV) adalah disebabkan oleh kenderaan hibrid. Menurutnya, peralihan pengguna kepada kenderaan hibrid telah menyebabkan prestasi jualan Tesla merosot.

Perkara tersebut didedahkan ketika pembentangan pendapatan suku pertama syarikat tersebut. Pada ketika ini, industri automotif dilihat berubah ke arah kenderaan hibrid dengan beberapa pengeluar utama seperti GM dan Toyota lebih memfokuskan kepada teknologi tersebut. Perubahan itu telah menyebabkan pengeluar EV seperti Tesla menghadapi cabaran untuk mengekalkan permintaan pasaran.

Kesan daripada peralihan tersebut menyaksikan pendapatan suku pertama Tesla mengalami penurunan sebanyak 9% iaitu $21.3 bilion berbanding tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun, Tesla tetap komited untuk membawakan inovasi dan kemajuan teknologi pada produk mereka untuk terus memacu pasaran EV.

Di Malaysia, Tesla telah mengemas kini harga jualan untuk Model Y dan Model 3 untuk pasaran tempatan. Kedua-dua model tersebut menerima potongan harga sehingga RM8000. Potongan harga tersebut dilihat selari dengan apa yang dilakukan oleh Tesla pada pasaran lain seperti di AS, China dan Jerman.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN