Close

Siri iQOO Z9 5G akan diperkenalkan di Malaysia pada 9 Mei ini

iQOO Malaysia menjadualkan acara pelancaran peranti baru iaitu siri iQOO Z9 5G pada 9 Mei ini. Merupakan peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kepada spesifikasi menarik pada harga mampu milik.

Siri iQOO Z9 5G ini ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu iQOO Z9 5G dan iQOO Z9x 5G. Untuk iQOO Z9 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 6000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan FlashCharge 80W.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang sensor utama 50MP + 2MP kedalaman dan swafoto 16MP. Untuk spesifikasi lain, iQOO Z9 5G dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bawah skrin, pembesar suara jenis stereo, IR Blaster, NFC, penarafan IP64 dan menjalankan sistem operasi OriginOS 4 berasaskan Android 14.

Manakala untuk iQOO Z9x 5G, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.72″ dengan resolusi FHD dan turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan FlashCharge 44W.

Turut menggunakan tetapan dwi-belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman dan swafoto 8MP. Untuk spesifikasi lain, iQOO Z9x 5G dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada butang, pembesar suara mono, bicu audio 3.5mm, NFC dan penarafan penarafan IP64.

Pada ketika ini, siri iQOO Z9 5G telah mula dijual di beberapa platform kedai atas talian dengan harga bermula dari RM657.

ARTIKEL BERKAITAN