Close

Permainan Assassin’s Creed Mirage akan tiba di iPhone dan iPad pada 6 Jun ini

Selepas membawakan permainan Resident Evil Vilage pada iPhone 15 Pro, 15 Pro Max dan iPad. Terbaru, satu lagi permainan akan tiba untuk peranti tersebut iaitu Assassin’s Creed Mirage. Sebelum ini, permainan ini hanya tersedia untuk konsol, PC dan penstriman melalui Cloud.

Pengumuman tersebut dikongsi melalui LinkedIn Ubisoft Sofia dengan menyatakan permainan tersebut akan tiba untuk iPhone dan iPad bermula 6 Jun 2024. Permainan tersebut boleh dimainkan melalui skrin untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih baik dan menarik.

Namun begitu, permainan ini hanya menyokong peranti yang dijana dengan cip A17 Pro dan juga cip siri Apple M1 dan ke atas sahaja. Dengan kemampuan menjalankan permainan konsol pada iPhone dan iPad, kami menjangkakan lebih banyak permainan akan tiba pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN