Close

HUAWEI Pura 70 dan Pura 70 Pro dikesan melepasi SIRIM Malaysia

Peranti andalan HUAWEI iaitu siri Pura 70 dikesan telah melepasi SIRIM Malaysia. Sekaligus, memberikan gambaran yang peranti ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Peranti tersebut telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 25 dan 26 April 2024 dan didaftarkan di bawah HUAWEI Technologies Sdn Bhd. Terdapat dua model yang dikesan dengan nombor model ADY-LX9 (Pura 70) dan HBN-LX9 (Pura 70). Bermaksud, akan ada dua model akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Di China, siri Pura 70 hadir dengan 4 pilihan model iaitu Pura 70, Pura 70 Pro, Pura 70 Pro Plus dan Pura 70 Ultra.

Jika merujuk spesifikasi di China, Pura 70 hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.6-inci dengan paparan 120Hz. Dilengkapi dengan 12GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 4900mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W bewayar dan 50W tanpa wayar. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 13MP Ultra Lebar + 12MP Telefoto dan swafoto 13MP.

Manakala untuk Pura70 Pro, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dilengkapi dengan 12GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 5050mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W bewayar dan 80W tanpa wayar. Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12.5MP Ultra Lebar + 40MP Telefoto dan swafoto 13MP.

Buat masa ini, HUAWEI Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan mengenai peranti ini.

ARTIKEL BERKAITAN