Close

Ipoh akan bangunkan platform penstriman seperti Netflix

Ipoh bakal membangunkan platform penstriman digital televisyen (tv) sendiri seperti mana yang ditawarkan oleh Netflix, Amazon Prime, Disney+ Hotstar dan lain-lain.

Menurut Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin platform tersebut akan dibangunkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan syarikat pengarah filem terkenal iaitu Datuk Afdlin Shauki. Beliau turut menyatakan kemungkinan besar cadangan dan konsep platform tersebut akan dilaksanakan bermula tahun ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan yang digital TV adalah masa depan bagi industri dan akan ia menjadi sumber pendapatan baru. Seperti mana perkhidmatan plaform penstriman lain, ia akan dikenakan bayaran mengikut kepada jenis filem yang ditonton.

Platform penstriman ini akan mempunyai 7 bahagian dalam aplikasi termasuk bahagian untuk jualan barang. Buat masa ini, nama untuk platform penstriman belum lagi diumumkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN