Close

HomePod dan HomePod mini tiba di Malaysia dengan harga bemula RM529

Selepas dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada Januari lalu. HomePod dan HomePod mini akhirnya tiba secara rasmi untuk pasaran tempatan.

HomePod merupakan sebuah peranti audio pintar yang boleh digunakan sebagai pembesar suara dan diintergrasikan dengan Siri. Untuk spesifikasi, HomePod generasi kedua ini dikuasakan dengan cip S7 dan dilengkapi dengan subwoofer bersaiz 4-inci bersama diafragma 20mm. Turut menyokong teknologi audio spatial, pengesanan suhu dan juga kelembapan.

Manakala untuk HomePod mini, ia dijana dengan cip S5 yang dilengkapi dengan 4 mikrofon dan menyokong sambungan Wi-Fi dan Bluetooth. Selain itu, ia turut menyokong fungsi pengesanan suhu dan kelembapan.

Di Malaysia, HomePod dan HomePod mini dijual pada harga RM1549 dan RM529. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula 10 Mei 2024. Untuk maklumat mengenai peranti ini, boleh layari laman rasmi Apple Malaysia.

HomePod dan HomePod mini masing-masing ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,549 dan RM529, dengan ketersediaan bermula 10 Mei 2024. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Apple Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN